Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

BUAH MARKISA - RAMUAN QASEH GOLD


Markisa dikatakan merupakan buah yang berkhasiat kerana ia sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin dan riboflavin. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pengelupasan yang menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.

Tindakan sedarif ringan, bantu atasi kesukaran tidur

Dikenali juga dengan nama ‘passion fruit’ dan granadilla, pokok markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bahagian pokok yang banyak digunakan ialah daun, bunga, batang dan juga buahnya. Kandungan pitokimia yang terdapat di dalam markisa ialah passaflorine, harmine, harman, harmon, harmalin, karotenoid, vitexin, isovitexin, chrysin, scopoletin dan theobromine.

Selain buah, bahagian lain juga dikatakan mampunyai khasiat ubatan. Daun pokok markisa mengandungi alkaloid termasuklah harman yang dikatakan mempunyai tindakan untuk merendahkan tekanan darah, sedatif atau mententeramkan dan antispasma. Jika anda mempunyai masalah sukar tidur, ambillah satu sudu teh daun markisa yang telah dikeringkan. Rendamkan dalam secawan air selama 10 hingga 15 minit. Tapis air ini sebelum diminum sebelum tidur.

Bunga pokok markisa pula mempunyai tindakan sedatif yang ringan dan boleh membantu untuk tidur. Dikatakan juga bahawa bunga pokok markisa telah digunakan dalam asma bronkial, insomnia, masalah saraf gastrousus dan masalah menopaus. Kadang-kala bunga pokok markisa juga turut digunakan sebagai halusinogen ringan.

Mampu kurangkan simptom asma

Terdapat juga kajian yang mencadangkan bahawa bunga pokok markisa mampu membantu melegakan kesakitan. Bukan itu sahaja, dikatakan bahawa bunga pokok markisa juga boleh membunuh kebanyakan kulat dan bakteria. Penemuan ini dikatakan telah menyokong kegunaan bunga pokok markisa oleh kaum Indian di Amerika yang menggunakannya dalam merawat luka.

Bahan harmala dalam bunga pokok markisa bersifat perangsang rahim. Namun begitu, keseluruhan bunga pokok markisa tidak berkait dengan keguguran bayi. Tetapi wanita hamil perlu mengelakkan diri daripada mengambil herba ini kerana tindakan kompleks sebegini memberi kesan kepada sistem saraf utama.

Kulit buah markisa dikatakan mampu memperbaiki simptom-simptom asma. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis di Barat iaitu oleh Ronald Ross Watson dan rakan sekerja menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak buah markisa ungu mampu mengurangkan simptom-simptom asma. Mereka telah memilih 42 pesakit sebagai penerima ekstrak buah markisa ungu ini. Hasil daripada kajian itu telah mendapati bahawa 90% daripada pesakit telah sembuh daripada masalah sukar bernafas. Manakala termengah-mengah ketika bernafas pula telah berkurangan sebanyak 80% selepas empat minggu pengambilan ekstrak buah markisa.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok markisa, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.


Buah markisa jarang dimakan mentah kerana ia agak masam. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yogurt dan aiskrim. Bahagian yang boleh dimakan adalah kira-kira 48% bagi setiap 100 g bahagian yang boleh dimakan markisa mengandungi:

:


ShoutMix chat widget

My Followers