Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

KEBAIKAN SUSU IBU



SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK BUAT SIMANJA ANDA !!

Mari kita jayakan PENYUSUAN SUSU IBU DENGAN QASEH GOLD !!!
PILIHAN SAYA !!! PILIHAN ANDA SEMUA !!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Penyusuan susu ibu TIDAK semudah yang kita bayangkan jika masih belum melaluinya. Betul tak? Bagi saya betul..hehe.. Walaupun sudah perpengalam menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu untuk kedua-dua anak saya (anak pertama sudah 4 tahun menyusu sampai 2 tahun. Anak kedua 1 tahun 3 bulan masih lagi menyusu) tidak lah bermakna ianya SEMUDAH yang disangkakan.

Penyusuan susu ibu memerlukan SEMANGAT dan AZAM yang kuat. Mind set ibu sendiri sangat la penting. Jangan kita memilih untuk menyusu kerana terikut-ikut dengan orang lain. Jika itu yang terjadi anda tidak kemana.

Pasangkan niat untuk menyusukan anak hanya dengan susu ibu dari mula-mula anda tahu anda mengandung.

Bagi yang boleh untuk menyusukan secara terus(direct feeding) anda mungkin kurang bermasalah. Tapi bagi ibu-ibu yang berkerja anda harus tahu dan BELAJAR bagaimana untuk maintainkan pengeluaran susu ibu ketika anak tiada di sisi (sedang berkerja).

Ianya sangat MUDAH. Hanya perlu faham konsep:

“Pengeluaran vs Permintaan [Supply vs Demand]”

Jika ada permintaan maka terjadilah pengeluaran. Jika demand tinggi maka tinggi la supply. Mudah bukan?

Jadi untunk ibu-ibu bekerja anda disarankan :

1- Pam secara consistent. Bagaimana? Setiap 2-3 jam anda perlu kosongkan breast(pam atau marmet). Breast akan menghantar signal kepada otak bahawa demand sedang berlaku(pam). Maka supply pon terjadi. Banyak kali anda demand (pam) banyak lah supply(susu) anda..hehe

2- PENTING untuk badan ibu sentiasa SIHAT dan BERTENAGA bagi memastikan pengeluaran susu tidak terjejas. Makan makanan seimbang. Tidak perlu berdiet. Amalkan memakan makan sunnah setiap hari seperti kurma, madu, habatuss sauda , air zam-zam dll. Susah dan kesuntukan masa nak amalkan semua makanan sunnah tersebut? Qaseh Gold ada semua ini.

3- Qaseh Gold rasanya sangat SEDAP. Ibu menyusu digalakkan makan makanan yang SEDAP kerana dipercayai bila ibu enjoy dan HAPPY, hormon OKSITOSIN akan meningkat dan susu akan lebih mudah dihasilkan. Tindakan ini lebih dikenali sebagai let-down reflex(LDR).

4- Ibu-ibu hindari tekanan @ stress tekanan mampu membuat susu merudum..ini yang biasa saya alami sewaktu mengharungi perjuangan penyusuan susu ibu kalau boleh atasi stress supaya ia tidak mengganggu proses penghasilan susu be positif .
QASEH GOLD membantu dalam menstabilkan MOOD. waktu datang bulan hormon akan berubah. Susu mungkin sedikit terjejas. Dengan Qaseh Gold inshaAllah dapat membantu mengatasi penstabilan HORMON.

5- Minum air secukupnya. Sekurang kurang nya 3-5 liter sehari.

6- Berdoalah kamu kepada Yang Maha Esa. Mohon lah kepadaNYA di permudahkan proses penyusuan sehingga 2 tahun seperti yang di syariatkan

**Kajian sains menunjukkan buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium. Unsur zat besi dan kalsuim yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling PANTAS diproses sebagai bekalan TENAGA. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Satu kisah dalam Al-Quran surah Maryam ayat 25-26. Ayat ini menceritakan tentang kisah perjuangan Saidatina Maryam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam. Saidatina Maryam sedang kesakitan untuk melahirkan Nabi Isa. Lalu Allah memerintahkan Maryam untuk memakan buah Kurma.

“Dan goyanglah pangkal pohon KURMA itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. jika kamu melihat seorang manusia, Maka Katakanlah: "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan yang Maha pemurah, Maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini" – Surah Maryam ayat 25-26.

Jom berikhtiar dengan QASEH GOLD!

Pm/whatssapp 019-6377739


:


ShoutMix chat widget

My Followers