Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

GARAM MINERAL



Garam mineral merupakan bahan utama dalam struktur rangka tubuh. Garam mineral penting untuk mengawal proses dalam tubuh. Manusia memerlukan bekalan garam mineral daripada sumber haiwan dan tumbuhan.

Berikut adalah sebahagian dari kebaikan 84 mineral sole;

Garam mineral yang diperlukan banyak oleh tubuh ialah:
Kalsium (Ca)
Fosforus (P)
Kalium (K)
Sulfur (S)
Klorin (Cl)
Natrium (Na)
Magnesium (Mg)
Garam mineral yang diperlukan sedikit oleh tubuh ialah:
Iodin (I)
Ferum (Fe)
Mangan (Mn)
Fluorin (F)
Kobalt (Co)
Nikel (Ni)
Zink (Zn)
Kromium (Cr)

1. Kalsium

99% kalsium terdapat pada tulang dan 1% pada tisu lembut. Kalsium dapat diserap dengan mudah dengan adanya kalsiferol.

Fungsi kalsium
1) Membentuk kalsium fosfat
2) Membantu proses pembekuan darah
3) Membantu fungsi otot dan saraf dengan betul
4) Mengaktifkan enzim untuk metabolisme tubuhKeperluan harian kalsiumOrang dewasa memerlukan kalsiu untuk mengawal fungsi tubuh, dan kanak-kanak memerlukannya untuk pertumbuhan. Pengambilan kalsium yang banyak semasa hamil dan semasa menyusukan penting supaya kalsium pada ibu tidak digunakan untuk pertumbuhan fetus.

Kekurangan kalsium menyebabkan:
1) Pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak terganggu dan kekurangan yang serius menyebabakan riket
2) Tulang lemah dan menyebabkan penyakit osteomalacia pada orang dewasa dan orang tua
3) Gigi tidak kukuh
4) Otot dan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik

Berlebihan kalsium, Kalsium akan mendak pada organ tertentu seperti ginjal yang boeh menyebabkan penyakit batu karang

2. Fosforus

78% fosforus terdapat pada tulang dan gigi dan 22% di dalam ceacair tubuh dan tisu lembut
Fungsi fosforus
1) Membian tulang dan gigi bersama kalsium
2) Membantu tubuh mendapatkan tenaga
3) Membantu pengawalan cecair tubuh

Keperluan harian fosforus
Ibu hamil dan menyusukan memerlukan fosforus yang banyak untuk keperluan harian

Kekurangan fosforus akan menyebabkan tulang dan gigi tidak kuat dan rapuh. Otot juga menjadi lemah.

3. Natrium

Natrium didapati dalam bentuk sebatian iaitu natrium klorida atau garam biasa yang digunakan dalam masakan. Cecair tubuh mengandungi 0.9 % natrium.
Fungsi natrium
1) Menentukan kepekatan cecair dalam tubuh
2) Menyeimbangkan asid dan alkali untuk proses pencernaan
3) Membina plasma darah dan cecair limfa

Keperluan harian natrium
Keperluan natrium bergantung kepada jenis aktiviti tubuh. Semasa berpeluh, natrium dikumuhkan. Orang dewasa memerlukan 4 gram natrium sehari. Sekiranya berlebihan, natrium akan dibuang melalui proses perkumuhan.

Kekurangan natriumKekurangan natrium menyebabkan:
1) Otot menjadi kejang
2) Tubuh menjadi lesu dan kurang selesa

4. Kalium

Sel otot, rangka, dan sel darah merah mengandungi kalium yang berfungdi bersama natrium.
Fungsi kalium
1) Menetapkan tekanan osmosis pada sel tisu
2) Menyeimbangkan asid dan alkali untuk proses pencernaan
3) Sebagai bahan utama cecair tubuh untuk proses pengecutan otot

Keperluan harian kalium
Keperluan orang dewasa ialah 2.5 gram kalium sehariKekurangan kalium

Kekurangan kalium menyebabkan:
1) Sel tidak berfungsi dengan betul
2) Tubuh menjadi lemah dan lesu

5. Magnesium

Magnesium terdapat pada tulang dan tisu. Keperluan orang dewasa ialah antara 300 – 350 miligram sehari.

Fungsi magnesium
1) Mengawal keregangan otot
2) Membantu kestabilan saraf
3) Membantu metabolisme tubuh

Kekurangan magnesium menyebabkan:
1) Pengawalan pergerakan otot terganggu
2) Radang saraf

6. Iodin

Iodin diperlukan sebanyak 0.05 – 0.30 miligram dalam diet individu dewasa. Jumlah iodin dalam tubuh ialah 20 miligram – 50 miligram dan 1/3 daripadanya terdapat dalam kelenjar tiroid
Fungsi iodin
1) Pertumbuhan kanak-kanak dan remaja
2) Kesihatan orang dewasa
3) Metabolisme tubuhKeperluan harian iodin

Individu dewasa memerlukan 0.05 – 0.30 miligram iodin sehari. Kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusukan pula memerlukan lebih iodin.

Kekurangan iodin menyebabkan:
1) Goiter iaitu apabila kelenjar tiroid di leher membengkak
2) Pertumbuhan tubuh terbantut (kretinisme)
3) Daya pemikiran tidak sempurna

7. Ferum

Ferum penting kerana 2/3 daripadanya digunakan untuk membentuk hemoglobin
Fungsi ferum
1) Menjadi komponen hemoglobin yang memberi warna merah pada darah
2) Membawa oksigen dalam tisu darah ke seluruh tisu tubuh
3) Membantu pembentukan protein mioglobin dalam sel otot
4) Membantu respirasi sel
5) Membantu pengoksidaan karbohidrat, lemak, dan protein

Keperluan harian ferumKeperluan ferum bergantung kepada jantina dan peringkat umur. Wanita dewasa memerlukan lebih banyak ferum kerana mereka kehilangan ferum semasa haid. Ibu yang melahirkan anak memerlukan lebih banyak ferum dibandingkan dengan wanita dewasa.

Kekurangan ferum menyebabkan:
1) Pembentukan hemoglobin terganggu, mengakibatkan anemia
2) Letih, pening, dan sesak nafas kerana oksigen tidak dapat dihantar ke seluruh tubuh

Berlebihan ferumKeracunan boleh berlaku jika ferum dalam tubuh berlebihan. Biasanya hanya sedikit ferum diserap ke usus kecil

8. Fluorin

Fluorin diserap ke dalam tisu tubuh. Fluorin disimpan dalam tulang, gigi, kelenjar tiroid dan di kulit

Fungsi fluorinFluorin menjadi bahan penting untuk memelihara enamel gigi dan tulangKeperluan harian fluorinOrang dewasa memerlukan 1 miligram – 2 miligram fluorin sehari dan air minuman yang mengandungi fluorin adalah mencukupi untuk keperluan tubuh.Kekurangan fluorin

Kerosakan gigi akan berlaku apabila terjadinya kekurangan fluorin dalam tubuh seseorang.
#IzanyQasehGold
019-6377739

:


ShoutMix chat widget

My Followers