Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

Impian Kejayaan tapi takut GAGAL


IMPIKAN KEJAYAAN TAPI TAKUT NAK BERJAYA
Assalamualaikum,
Tahukah anda, RAMAI dari kita sebenarnya berada dalam situasi diatas ni. Nak berjaya dalam hidup. Nak hidup senang. Nak yang terbaik untuk keluarga. Nak hantar mak ayah gi haji dan umrah setiap tahun. Nak bawak isteri dan anak melancong. Nak kereta mewah. Nak bantu anak yatim. Nak tubuhkan yayasan. Nak bantu orang susah keluar dari masalah kesusahan mereka. Dan banyak lagi ‘Nak’ nya.
Last-last, nak tu semuanya jadi ‘tapi’.
Ya, aku nak berjaya, nak hidup senang, nak buat semua perkara diatas tu, TAPI….
Tapi aku tak tahu caranya
Tapi aku takde duit banyak
Tapi aku takde kepakaran
Tapi aku takde masa
Tapi aku dah tua
Tapi aku miskin
Tapi, tapi, tapi, tapi dan bertapi tapi sampai bila pun saya tak tahu. NAK nya banyak, TAPI nya LAGIIIII Banyak.
Kronik sebenarnya pemikiran kita ni. Termasuk lah saya satu ketika dulu.
Faham tak kronik tu apa? Kritikal. Tahu kritikal? Masalah BESAR.
Akhir sekali apa akan berlaku?
“Ah biarlah orang lain yang kaya dan berjaya boleh bantu, aku bersyukur dengan apa yang ada”
Abang, kakak, pakcik, makcik, adik yang baca post saya ni, boleh kita hayati satu ayat dari laungan azan yang kita dengar 5 kali sehari?
“Haiyya ‘AlalFalah” yang bermaksud “Mari menuju KEJAYAAN”
Rasulullah S.A.W adalah seorang yang KAYA & BERJAYA.
Nabi Sulaiman adalah manusia yang TERKAYA dalam sejarah. Bukan Warren Buffet, bukan Bill Gates.
Azan yang dilaungkan menggalakkan kita untuk menuju kejayaan. Tapi apa anda buat dalam jem tiap pagi tu bang? Adakah itu simbol kejayaan untuk anda? Nak elakkan jem, subuh pun dalam kereta. :P
Kadangkala subuh di’jamak’kan jadi jamak ‘takyah’. :P
Bukan jamak takdim, bukan jamak takkhir, tapi jamak TAKYAH. Macam mana nak ‘menuju kejayaan’ kalau benda asas di pagi hari tu pun tak lepas?
Macam mana nak capaikan impian kejayaan dalam hidup, kalau setiap pagi jamak takyah dalam kereta semata-mata nak mengelakkan jem? :P
Macam mana nak jadikan impian kejayaan anda realiti kalau anda HIPOKRIT tidak laksanakan dan tidak ikut ‘arahan’ dalam azan tersebut?
Yang tu tak setel, nak heboh sana sini pasal cadbury. Hahaha, alah gurau pun tak bolehhhh..relek brader brader rilekkk.. :D
Nak tahu kenapa saya, sesusah mana pun (Ya, saya masih hidup susah bang, nampak je ada tempat berteduh dan ada kereta dan ada anak dan isteri dan ada perniagaan, kesusahan kita, Allah dan isteri je tau) saya tetap nak berniaga? Tetap nak teruskan dengan usaha berniaga ni? Meh saya senaraikan. Boleh boleh?
Boleh tak ni? Yang nak baca, teruskan membaca..
=====================================================================
Walaupun berniaga akan menyebabkan saya hidup susah, pendapatan tak tetap, saya tetap teruskan sebab:
1: Saya nak beribadah dalam keadaan aman dan tenang. Saya boleh solat sunnah 2 rakaat sebelum subuh, solat subuh, lepas subuh boleh bermain dengan anak, pegi beli breakfast untuk keluarga, pergi gym, pergi swimming, kiranya pagi tu sebelum masuk ofis nak beriadah. Lepas beribadah, beriadah. Hidup sihat kan sangat digalakkan dalam Islam. Saya tak boleh buat ni semua kalau sebelum subuh saya dah duduk dalam jem. :)
2: Saya nak ada lebih banyak masa dengan anak dan isteri. Kalau pagi sebelum subuh dah keluar rumah, balik pulak anak dah tidur sebab lambat sampai, bila masa nak rapatkan diri dengan anak? Itu belum termasuk waktu zuhur dan asar yang belum tentu dapat dikerjakan. Yelah, masa lunch terhad. 12-1 atau 1-2. Berbalik pada point 1 diatas, saya nak beribadah dengan tenang. Tak nak tergesa-gesa bila beribadah. Kang tergesa-gesa masa solat, terkejar-kejar time makan, tak pasal-pasal tercekik. :D
3: Saya suka rasa ‘teruja’ dengan apa Allah akan beri pada saya untuk hari tu. Kalau saya tak berniaga, kerja sepenuh masa, saya akan teruja akhir bulan je. Masa waktu gaji. Pagi gaji masuk senyum muka manis, masuk petang masam, sebab dah abis bayar hutang-hutang. Bila berniaga, hari-hari saya senyum. Teruja sebab saya tahu Allah akan salurkan rezeki kepada hambaNya yang meminta. Banyak atau sikit belakang cerita. Yang penting ‘gaji hari-hari’. :D
4: Saya nak solat dhuha. Kalau saya bekerja diluar, belum tentu boleh buat. Tarikan kawan-kawan ajak ‘mengeteh’ kul 10am tu sangat kuat. Hehe. Yang dalam situasi ni mesti faham kan? :P Baru amek wudhu, member ajak turun minum jap. Keh keh keh. Wudhu ke mana, dhuha ke mana. Bila saya berniaga, saya boleh dhuha dengan tenang.
5: Saya nak pegi cuti bila-bila saya suka. Anda tahu tak, rate hotel, rate resort, semuanya murah masa ‘off-peak’. Maksudnya, time BUKAN CUTI SEKOLAH ianya murah. Murah bang, akak, seriousss. Rate tiket kapal terbang pun murah. Jadi masa bukan waktu cuti sekolah kalau saya nak pi bercuti, boleh terus pi. Tak perlu nak isi borang amek cuti atau amek MC. :P Rate masa cuti sekolah + hujung minggu, lagi lah MAHAL harganya. Jadi dengan berniaga, saya boleh ‘berjimat’ sebenarnya masa nak bercuti. Faham tak ni? Dahlah Allah bagi rezeki HARI-HARI, dapat JIMAT lagi masa cuti.
6: Saya nak ada bersama isteri semasa dia bersalin, semasa dia pantang, semasa dia mengandung. Ni bukan kenyataan poyo. Tapi saya memang macam tu. Saya nak pastikan saya ada di sisi isteri masa dia memerlukan saya. Kalau saya kerja dengan orang, tak pasal-pasal kena ‘outstation’, dah terpaksa berjauhan. Kalau berniaga, saya masih boleh ‘nego’ lagi. Saya boleh uruskan perniagaan walau di rumah. Saya boleh bantu dia mana boleh. Tak perlu nak mengharapkan orang lain sangat. ;)
7: Saya boleh kawal masa. Bukan masa kawal saya. Simple dan straight to the point.
Okaylah, cukup sampai sini. Panjang-panjang kang ada yang ngamuk. Dah keluar statement, “Kau bolehlah, kau berniagaaa”  Yang hang tak nak berniaga tu pa pasai? Punya banyak kelas dan bengkel sekarang yang ajar orang berniaga. Hang tak nak meniaga ni satu je sebab, hang MALAS nak usaha. Keh keh :P
Kalau anda tanya saya, takut tak mengharungi alam perniagaan suami isteri, tanpa ada pendapatan tetap setiap bulan?
Jawapan saya, YA, SAYA TAKUT.
Tapi dengan ketakutan ITULAH, saya lebih bergantung harap kepada Allah. Lebih kerap meminta dariNya, lebih kerap mengadu dan berdoa. Sebab TAKUT lah saya lebih dekatkan diri kepadaNya kerana Dia yang memberi rezeki kepada saya. Bukan bos, bukan gomen, bukan ayah atau mak.
Jadi kalau anda ada impian untuk berjaya, nak berniaga, tapi rasa takut, ITU adalah NORMAL. Teruskan menimba ilmu, dan betulkan mindset anda. Berniaga ni susah dan penuh dengan cabaran. Tetapi kalau anda cekal dan tabah, habuannya bila anda berjaya amat manis sekali.
Yang penting, jangan sekali-kali lupa diri. Boleh?
Till next time.
Wassalam,
Perkongsian KF

:


ShoutMix chat widget

My Followers