Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

Tips dan Motivasi Kewangan


Sejujurnya, saya antara orang yang liat dan payah menyimpan. Mula-mula memang sangat susah. Sentiasa tidak cukup wang untuk disimpan. Jika berjaya simpan wang pun, belum cukup bulan, sudah mula mengeluarkannya semula. Saya paksa diri untuk mula simpan. Tahukah anda, dengan tidak disangka-sangka, apabila melihat duit di dalam akaun bertambah setiap bulan saya mengalami satu perasaan yang hebat. Saya merasakan diri telah mencapai kejayaan yang besar. Saya rasa begitu bangga dengan diri sendiri. Alangkah bagusnya jika saya telah bermula lama dahulu, tentu lebih banyak wang simpanan yang saya ada. Masa itu, hanya fikir untuk terus simpan dan simpan wang lagi.
Bagaimana kita mendisiplinkan diri untuk simpan 1%, 10%, 20% atau sehingga 50%, dari sumber pendapatan? Cuba tips ini:

1) Anggap ia sebahagian dari senarai bil bulanan
Bayar diri kita seperti mana kita bayar bil bulanan yang lain. Sama seperti bil ASTRO, bil Maxis, bil utiliti, bil insurans dan lain-lain bil lagi. Sambil bayar bil bulanan, terus sahaja pindahkan wang ke akaun simpanan yang dikehendaki.

2) Buat potongan gaji
Saya pernah isi borang dan hantar ke Bahagian Sumber Manusia (HR) di pejabat saya, untuk membuat potongan gaji terus ke akaun ASB pada masa itu. Pihak HR yang uruskan semuanya selepas itu. Tahu-tahu, duit gaji yang diperoleh di dalam akaun gaji adalah amaun yang telah siap ditolak dengan simpanan. Kita seolah-olah hanya menerima gaji sejumlah yang demikian untuk dibelanjakan.

3) Set jadual pindahan wang secara automatik (Standing Instruction -SI)
Kita boleh set satu SI dengan menetapkan tarikh pindahan ingin dibuat dan kekerapan pindahan wang. Boleh pilih dari pilihan Mingguan, Bulanan, Tahunan dan beberapa pilihan lagi.
Pilih yang mana suka, pilih yang mana hendak dilaksanakan. Paling penting ialah simpan dan lupakan. Bersama-sama kita berbelanja dengan berhemah, menyimpan, mengumpul harta dan melalui hari-hari persaraan dengan bergaya..

Dapatkan Tips dan Motivasi Kewangan di sini
http://norzalinahamzah.blogspot.com/

:


ShoutMix chat widget

My Followers