Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

4 tips dalam mengurus akaun bisnes

Kini, ramai sungguh peniaga online yang lahir dari laman web sosial Facebook. Boleh dikatakan, saban hari kita dapat melihat iklan-iklan yang dipaparkan di Facebook, yang rata-ratanya adalah peniaga muslim. Alhamduillah, Nabi pernah bersabda yang bermaksud "9/10 daripada rezeki ada dalam perniagaan" (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Sebagai peniaga yang inginkan perniagaannya berkekalan dan semakin maju, mereka perlu sentiasa memantau bahagian yang paling penting dalam sesebuah syarikat iaitu Akaun. Akaun merupakan nadi sesebuah perniagaan, jika nadi syarikat lemah maka syarikat sukar untuk mencipta lebih kekayaan kerana setiap strategi yang syarikat bakal laksanakan memerlukan sentuhan dana walaupun sedikit. Tetapi jika nadi syarikat sihat, maka lebih mudah untuk syarikat melakukan pelbagai strategi untuk memajukan lagi syarikat.

Di sini, saya kongsikan 4 tips dalam mengurus akaun bisnes:

+ Asingkan duit peribadi dan duit bisnes

Pengasingan ini perlu bagi memastikan anda betul-betul sedar berapakah jumlah yang anda telah laburkan atau leburkan dalam bisnes anda dan berapa pula jumlah jualan yang dijanakan oleh bisnes tersebut. Jika, pelaburan masuk lebih banyak dari pulangan, mungkin anda perlu bekerja lebih keras untuk memastikan pulangan tersebut berbaloi.

+ Asingkan duit belanja dan pusingan modal

Sebagai peniaga, anda perlu melakukan pengasingan di antara duit belanja dan pusingan modal. Pusingan modal merupakan dana utama syarikat yang berperanan untuk memastikan kelangsungan operasi sesebuah perniagaan. Tanpa pusingan modal yang mencukupi, operasi syarikat akan terganggu dan seterusnya akan memberi kesan kepada penjanaan keuntungan syarikat.

Pusingan modal juga boleh dikategorikan sebagai dana kecemasan untuk pembayaran overhead syarikat untuk 2 - 3 bulan akan datang.

+ Senaraikan semua belanja dan jangan lupa minta resit

Setiap perbelanjaan yang berkaitan dengan syarikat perlu disimpan dan direkod. Rekod tanpa resit adalah tidak sah dan tidak diterima pakai untuk perekodan akaun. Tanpa resit, anda sendiri tidak dapat memastikan secara spesifik apakah harga jualan yang kita tetapkan dapat "cover" semua kos jualan dan overhead syarikat.

Umpama, melakukan semua perkara secara semborono dan akhirnya berhutang. Mana mungkin, bisnes akan kekal lama dengan berhutang tanpa strategi dan perancangan yang kukuh.

+ Senaraikan semua invois keluar utk pastikan aliran tunai syarikat anda stabil
Baca lagi di sini
http://hazwaniabdhamid.blogspot.com/2014/03/4-tips-mengurus-akaun-bisnes.html

:


ShoutMix chat widget

My Followers