Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

Panduan Rawatan SLE (Lupus Eritematosus Sistemik)



Panduan rawatan habbatussauda habasyi88 terhadap pesakit LUPUS (SLE)


LUPUS ERITEMATOSUS SISTEMIK (SLE)

DEFINISI
  • SLE adalah penyakit  auto imun yang melibatkan pelbagai organ, dimana tubuh pesakit menjadi alergi terhadap tubuhnya sendiri.
  • Sampai saat ini penyebab SLE belum diketahui secara pasti, diduga faktor genetik, jangkitan, hormon, sinar UV, ubat-ubat tertentu, stres dan persekitaran yang mempengaruhi patofisiologi SLE.
  • Sistem imun tubuh kehilangan kemampuan untuk membezakan dari sel atau jaringan tubuh sendiri. Gangguan reaksi imunologi ini menghasilkan antibodi terus menerus, terjadinya pembentukkan kompleks imun sehingga mencetuskan penyakit radang imun sistemik dengan kerosakan multiorgan.

GEJALA

1. Keluhan pertama SLE adalah artalgia (sakit sendi) biasanya hanya beberapa hari di sendi tangan, lutut, dapat berpindah-pindah atau menetap dan jadi menahun.

2. Lesu, penat, demam, sakit otot hingga berat badan berkurang

3. Masalah kulit, bercak malar menyerupai kupu-kupu di muka

4. Fotosensitif, bila berjemur di panas matahari. 

5. Kelainan darah berupa anemia hemolitik, kelainan ginjal, pneumonitis, kelainan jantung, kelainan gastrointestinal, gangguan saraf, kelainan psikiatrik.

DIAGNOSIS

Kriteria klasifikasi SLE dari American Rheumatism Association (ARA, 1992),

1. Artritis

2. ASA di atas titer normal

3. Bercak malar

4. Fotosensitif (anamnesis)

5. Bercak discoid

6. Salah satu kelainan darah: 
  • Anemia hemolitik 
  • Leukosit < 4000/mm3 
  • Limfosit < 1500/mm3 
  • Trombosit < 100000/mm3

7. Kelainan ginjal 
  • Protenuria > 0.5 g/24 jam 
  • Sedimen selular

8. Salah satu serositis

9. Salah satu kelaianan neurologi 
  • konvulsi 
  • Psikosis

10. Ulser di mulut

11. Salah satu kelainan imunologi 
  • Sel LE positif
  • Anti dsDNA di atas titer normal 
  • Anti Sm (Smith) di atas titer normal 
  • Uji serologi sifilis positif palsu

Seseorang dikatakan menghidapi SLE apabila memenuhi minimum 4 dari 11 butir kriteria tersebut di atas.

PERUBATAN KONVENSIONAL

Rawatan SLE harus mencakupi ubat, pemakanan seimbang, aktiviti yang melibatkan banyak pakar. Penyakit ini adalah penyakit seumur hidup. Jadi pemantauan harus dilakukan selamanya.

Tujuan rawatan SLE adalah mengawal manifestasi penyakit sehingga anak dapat memperbaiki kualiti hidup yang baik tanpa eksaserbasi parah, sekaligus mencegah kerosakan organ yang dapat menyebabkan kematian. Antara ubat yang diperlukan:

1. Kortikosteroid. Dos rendah, untuk mengatasi gejala klinik seperti demam, dermatitis, efusi pleura. Dos tinggi, untuk mengatasi krisis SLE, gejala nefritis, SSP dan anemia hemolitik.

2. Ubat imunosupresan/sitostatika. Imunosupresan diberikan kepada SLE dengan keterlibatan SSP, nefritis difus dan membranosa, anemia hemolitik akut dan kes yang resisten terhadap ubat kortikosteroid.

3. Antihipertensi. Mengatasi hipertensi pada nefritis lupus agresif.

4. Kalsium. Semua pesakit SLE yang mengalami artritis serta mendapat terapi prednison berisiko mengalami osteopenia dan perlu suplemen kalsium.

  • Pemakanan seimbang, disesuaikan dengan terapi yang diberikan. Sebahagian besar pesakit memerlukan kortikosteroid.  Jadi makanan yang diperlukan saat itu ialah makanan yang cukup kalsium, rendah lemak, rendah garam. Pesakit disarankan berhati-hati dengan suplemen makanan dan ubat tradisional.

  • Aktiviti harian. Pesakit sebaiknya tetap beraktiviti seperti biasa. Bersukan diperlukan untuk mempertahankan densiti tulang dan berat badan normal. Tetapi tidak boleh berlebihan kerana penat dan stres sering menyebabkan penyakit berulang. Hindari cahaya matahari, gunakan krim pelindung (waterproof sunblock) setiap 2 jam.

5. Analgetik. Aspirin dos sesuai dengan tahap penyakit untuk menghilangkan rasa sakit sendi.

6. Rawatan jangkitan kuman.

Rawatan segera jika ada jangkitan terutama jangkitan bakteria. Setiap perubahan pada urin harus difikirkan kemungkinan terjadi pielonefritis.

TERAPI ALAMIAH 

1. Habbatussauda Habasyi88 (Produk As Syifa Health) sebagai imunomodulator, antiradang, dan antioksidan.

2. Rebusan daun jambu atau pucuk daun betik (dijadikan ulam) sebagai imunosupresan. 

Dos dapat disesuaikan tergantung keadaan pesakit 
----------------------------------------
Hak cipta terpelihara. Artikel disumbangkan oleh Kumpulan Doktor As Syifa Health 2015 ©

:


ShoutMix chat widget

My Followers