Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

Tips Kesihatan Wanita



Tips Kesihatan Wanita: Menjaga kesihatan Miss V yang suami juga harus tahu.

Menjaga Kesihatan Miss V menjadi hal yang paling dicari oleh kaum wanita selain tentang fashion dan kecantikan.

Hal ini disebabkan wanita sangat mudah dijangkiti penyakit.
 Di banding dengan lelaki atau suami, kaum wanita lebih beresiko terkena penyakit. Selain itu, ada banyak penyakit yang sering diderita hanya oleh wanita. Untuk itu, penting sekali untuk mengetahui tips seputar menjaga kesihatan miss V.
 Salah satu organ yang sangat beresiko terkena penyakit adalah miss v. Bagi wanita, menjaga kesihatan miss v atau organ intim ini sangat penting. Salah satu masalah yang dihadapi oleh wanita pada organ intim ini adalah bau. Sayangnya, hanya sedikit wanita yang mengerti bahawa bau pada miss v tersebut tidak hanya cukup dihilangkan dengan membersihkan organ tersebut dengan sabun. Memang, menggunakan sabun akan menghilangkan bau tidak sedap di miss v. Akan tetapi, penggunaan sabun akan mengganggu keseimbangan pH miss v dan ini justeru akan berdampak lebih buruk dalam menjaga kesihatan miss v.
 Bagaimana jika mereka menggunakan pewangi? Pada dasarnya sama. Sabun mengandung zat kimia yang menganggu keseimbangan kadar pH.
 Sementara itu, pewangi mengandungi alkohol yang akan merosak keseimbangan pH miss v juga. Selain itu, ada juga pewangi yang justeru memberikan kesan sampingan lebih buruk, iaitu membuat luka (iritation) pada organ tersebut. Dan itu jelas tidak baik untuk miss v.
 Dari spray pewangi atau menggunakan sabun untuk menghilangkan bau pada miss v, akan lebih baik jika lebih memperhatikan seluar dalam yang  dipakai. Seluar dalam yang terbuat dari kain cotton sangat disarankan untuk dipilih. Cotton merupakan bahan yang mudah menyerap peluh sehingga kain tersebut akan mengurangi bau pada miss v. Ketika peluh dapat diserap dengan baik oleh seluar dalam, kadar kelembapan menjadi sangat rendah sehingga fungi (kulat) tidak akan berkembang. Dan sering mengganti seluar dalam sangat baik dibandingkan menggunakan sabun atau pewangi untuk miss v.
 Selain itu tidak boleh menggunakan pantyliner dalam jangka waktu yang sangat lama.
 Tips untuk mencegah miss v bau boleh menggunakan tanaman herba untuk menghilangkan bau. Seperti daun sirih yang direbus kemudian air rebusan digunakan untuk membasuh vagina atau boleh juga dengan mengamalkan ulam-ulaman seperti daun selasih, daun ulam raja dan habbatussauda minyak untuk kekebalan tubuh yang berpanjangan.
 Cara merebus daun sirih. Semudah merebus mee maggi!
 1. Ambil 3 - 5 lembar daun sirih
2. Rebus dalam periuk/kettle (kaca atau tembikar lebih baik)
3. Cukup tinggalkan 1/3 sisa air dari sebelumnya
4. Biarkan sejuk dan gunakan 2 - 3 kali sehari selama 3 hari. 

:


ShoutMix chat widget

My Followers