Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

Habbatus sauda' dan lain-lain penyakit


Habbatus Sauda dan selsema.
Doktor Hassan Syamsi Baasya meringkaskan tatacara bagaimana HBS digunakan untuk merawat selsema. Antaranya:
1. Sesudu besar minyak HBS ditambah ke dalam air yang mendidih dan pesakit menghidu wap yang naik dalam keadaan kepala dibungkus dengan kain pada waktu pagi dan malam
2. Para sahabat disebut sebagai merawat selsema dengan mengambil 21 biji HBS dan diletakkan didalam sehelai perca kain kemudian direndam dalam air sehingga pagi. Kemudian hidung dititiskan dengan airnya esok pagi.
3. Ibnu Qaiyyim Al-Jauzi RA menggunakan HBS yang ditumbuk halus dan dimasukkan kedalam kain lalu diikat dan dicium secara berterusan.
Anda juga boleh juga menggunakan Habbatus Sauda untuk melegakan batuk. Caranya sapukan minyak Habbatu Sauda di dada dan belakang dada dan meminum sebahagian minyak ini iaitu dos minyak habbatus sauda 0.1 mls per kg.

Habbatus Sauda dan lain-lain penyakit.
Peranan Habbatus Sauda untuk melindungi organ penting terutamanya buah pinggang dan hati.
1. Tekanan oksidatif yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan organ dan ini mungkin boleh dibendung dengan memakan Habbatus Sauda semasa rawatan.
Kebaikan Habbatus Sauda untuk mengurangkan ”perfusion and reperfusion iscahemic injury” akibat berlaku penyumbatan saluran darah ( artero sclerosis ). Ini adalah kecedaraan tissu akibat salur darah yang tersumbat untuk beberapa ketika dan terbuka semula saluran , Saintis melihat kecedaraan yang lebih besar setelah saluran darah terbuka semula. Contoh keadaan ini berlaku pada pesakit yang menderita angin ahmar (stroke) dan serangan jantung. Didapati Habbatus Sauda mempunyai potensi untuk membantu mengurangkan kecedaraan sekiranya ia dimakan sebelum musibah itu berlaku.
2. Keupayaan Habbatus Sauda meningkat ketahanan tubuh kepada penyakit. Kajian menunjukkan pengambilan Habbatus Sauda meningkatkan jumlah T helper ( sel penolong limfosit ), sel yang bertindak sebagai komander perang sel darah putih terhadap jangkitan. Juga dibuktikan memakan HBS boleh meningkat jumlah pengahasilan NKF ( natural killer factor ), satu elemen penting dalam sistemn pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan dan pertumbuhan sel-sel kanser baru.
3. Kesan positif Habbatus Sauda untuk membantu merawat ketagihan kepada dadah opiat termasuk morphine. Penagih yamg menggunakan Habbatus Sauda kurang mengalami simptom ketagihan ( withdrawal symptoms ) semasa tempoh bebas.

:


ShoutMix chat widget

My Followers