Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

Habbatus sauda' dan Resdung


Resdung ( allergic rhinitis ).
Resdung pada pandangan masyarakat awam bermaksud selalu bersin, gatal hidung , muka, sekitar mata dan telinga. Bahasa mudah untuk resdung adalah selsema yang berpanjangan dan mengganggu aktiviti seharian pesakitnya tanpa di sertai dengan demam atau jangkitan. Jerawat secara umum juga dianggap sebahagian manisfestasi penyakit resdung.
Pada pandangan sains perubatan resdung itu merujuk kepada dua diagnosis:
1. Allergic Rhinitis – Rongga hidung menjadi terlalu sensitif kepada persekitaran termasuk habuk, debunga dan makanan tertentu menyebabkan selsema, kegatalan hidung dan bersin yang berpanjangan.
2. Sinusitis – Sinus adalah rongga yang terdapat pada tenggorak muka yang dipenuhi oleh udara dan rembesan untuk tujuan pelembapan. Setiap sinus akan dihubungkan sesama sendiri dan tekak oleh terowong-terowong kecil. Ia bertujuan untuk menyamakan tekanan dan sebagai laluan rembesan. Rembesan yang keterlaluan menyebakan terowong tersumbat, rembesan dijangkitan kuman seterusnya menyebabkan demam, bersin dan sakit kepala.
Rawatan perubatan moden memerlukan pesakit mengambil ubat-ubatan anti histamin dalam bentuk semburan ( spray ) dan juga pil. Sesetengah pesakit akan diberikan semburan ( spray ) yang mengandungi steroids untuk mengurangkan alahan dan radang. Untuk kes-kes yang agak teruk pembedahan membuang lapisan tebal membran hidung dilakukan untuk mengurangkan gejala resdung. Tisu yang dibedah selalunya akan dihantar untuk pemeriksaan lanjut untuk memastikan tiada sel-sel kanser.
Resdung ini walaupun tidak merbahaya tetapi ianya amat menyusahkan pesakit. Resdung dan selsema adalah penyebabkan utama kepada ketidak hadiran orang dewasa ke tempat kerja serta pengajian lanjutan dan kanak-kanak yang masih bersekolah.

Adakah Habbatus Sauda boleh membantu resdung?
Konsep asasnya adalah apa sahaja yang mempunyai sifat anti histamin, anti radang dan anti oksida boleh membantu pesakit resdung penghidap resdung tahap biasa dan sederhana ( mild to moderate allergic rhinitis ) mempunyai kualiti hidup yang lebih baik dengan serangan yang tidak kerap. Habbatus Sauda mempunyai sifat-sifat ini.
Pesakit asma patut mengambil Habbatus Sauda sebagai rawatan sokongan (complimentary treatment) kepada rawatan sedia ada.
Untuk pesakit berumur 15 tahun ke atas disarankan mengambil Habbatus Sauda 2 hingga 3 gram sehari berterusan untuk mengurangkan serangan di samping penggunaan ubat-ubatan yang sedia ada. Untuk kanak-kanak atas 5 tahun lebih baik gunakan minyak di dalam botol. Dos minyak habbatus sauda 0.1 mls per kg.

:


ShoutMix chat widget

My Followers