Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

Habbatus sauda' dan Asthma

Habbatus Sauda untuk asma, resdung dan Selsema.
ketiga-tiga penyakit ini mempunyai mekanisma penyakit asas serangan yang hampir serupa sama tetapi berbeza manifestasi.
Pendedahan kepada agen alergen ( agen alahan ) menyebabkan tubuh badan bertindak balas dengan mengeluarkan komponen yang mengalakkan alahan ( allergic reaction ) Tindakbalas menyebabkan pelepasan mediator histamine yang tinggi yang seterusnya menyebabkan tindakbalas radang yang menyebabkan ketidak seimbangan tubuh badan dan terhasilnya serangan.
Sumber alergen termasuklah virus, protein kacang dan haiwan, debunga, hama dan juga habuk. Segelinter manusia alah kepada perkara yang agak aneh seperti suhu sejuk, suhu terlalu panas dan sinaran UV matahari.
Asma (lelah)
Asma adalah penyakit kronik paru-paru yang selalu bermula pada umur yang lebih muda. Perokok yang tegar mengalami masalah lelah tetapi selalunya ia bukan asma tetapi paru-paru berair ( chronic obstructive lung disease ). Penyakit yang seperti sama tetapi tidak serupa. Pesakit asma semasa serangan berlaku penyempitan pada salur pernafasan yang kecil menyebabkan bunyi angin bersiul semasa menarik nafas. Ini menyebakan gejala pesakit merasa sempit dada, sukar bernafas dan mengeluarkan banyak kahak serta meyebabkan mearasa lelah dan lemas. Tanpa rawatan segera ia boleh membawa maut kerana berlakunya kekurangan oksigen yang sangat penting untuk tubuh.
Asma terjadi kerana paru-paru yang sangat sensitif pada alergen di sekitar kita. Sensitiviti ini menyebabkan proses alahan dan radang mudah berlaku. Kedua-duanya menyebabkan rengsangan (inflammation) dan alahan ( allergic reaction ) dan seterusnya mennyempitkan saluran darah.
Rawatan untuk pesakit asma pada dasarnya terbahagi kepada:
1. Rawatan pencegahan menggunakan persediaan steroid sama ada dalam bentuk semburan ( inhaler ) atau penyedian pil untuk meredakan tindakan histamin dan agen keradangan.
2. Rawatan semasa berlaku serangan menggunakan ubat yang mengembangkan ruang salur udara yang sempit (broncodialator ) dalam bentuk semburan (inhaler and nebuliser ) dan pil.

Berdasarkan kajian yang ada HBS boleh membantu pesakit asma untuk mengurangkan serangan.
1. Nigellon adalah bahan aktif dalam Habbatus Sauda yang mempunyai sifat mengembangkan saluran pernafasan yang menyempit ( bronchodialator effect ) dan anti histamin yang baik untuk mengurangkan rembesan mukus paru-paru yang berlebihan dan bertindak mengurangkan keradangan.
2. Thymoquinone mempunyai sifat anti radang yang tinggi yang baik untuk meredakan serangan. Ianya juga bersifat anti oksida yang baik untuk membantu tubuh berfungsi dengan baik semasa serangan penyakit.
3. Sifat Habbatus Sauda yang bersifat anti bakteria dan anti virus membantu melindungi pesakit asma yang mengalami serangan dari kuman.
Saranan kepada penghidap pesakit asma.
1. Menjauhi penyebab datangnya serangan ( alergen ) yang mungkin sumbernya dari makanan, debunga, bahan kimia, protein pada bulu binatang, habuk dan faktor lain seperti cuaca hujan.
2. Kekerapan serangan adalah indikator kepada tahap pemyakit. Fokus kepada usaha untuk mengurangkan serangan kepada satu atau dua kali setahun. Untuk kanak-kanak menjadi tanggung jawab kepada ibu-bapa untuk memastikan kesihatan anak-anaknya dan tidak menangguhkan rawatan. Sebahagian besar kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya dari penyakit ini dengan izin ALLAH.
3. Tidak merokok, mengurangkan pengambilan gula putih, mengurangkan pengambilan air minuman komersial yang mengandungi peratusan gula yang tinggi. Amalan makanan yang baik juga boleh membantu mengurangkan serangan. Makanan yang bersifat anti radang selalunya datang dari kumpulan
tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya makanan yang terlalu diproses, gula dan sumber protein haiwan selain ikan laut dalam adalah sumber makanan yang boleh mendatangkan radang ( pro inflammatory foods ).
4. Mengamalkan pemakanan yang dibuktikan berkesan baik untuk paru-paru dan ini termasuk mengamalkan pemakanan madu dan Habbatus Sauda sebagai ikhtiar kepada kesembuhan.
Jumlah Habbatus Sauda yang boleh diambil
1. Untuk orang dewasa samada minyak atau serbuk didalam kapsul. Jumlah pengambilan adalah DUA gram sehari. Dalam bentuk minyak Habbatus Sauda adalah satu sudu makan.
2. Untuk yang berumur 3 tahun ke sehingga 12 tahun atas dos adalah 0.1 mmls per kilogram berat.
Atau , 3- 5 tahun , 1 sudu teh minyak Habbatus Sauda 5-6 tahun – 1 setengah sudu teh.


:


ShoutMix chat widget

My Followers