Madu Herba As Syifa Health

Madu Herba As Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

Produk Makanan Sunnah Terbaik dari As-Syifa Health

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

QASEH GOLD dan lain-lain Produk Terbaik dari Ana Edar Marketing

Habbatus sauda' dan Penyakit Darah Tinggi


Penyakit Darah Tinggi (High Blood Pressure)
Untuk pesakit darah tinggi dan tinggi kolesterol dalam darah di sarankan jumlah pengambilan Habbatus Sauda antara 2 gram hingga 3 gram berterusan untuk tempoh 3 bulan. Dalam tempoh itu pemantaun perlulah dilakukan tanpa meninggalkan ubat-ubatan sedia ada.
Kesan positif HBS kepada penghidap darah tinggi tahap biasa ( mild hypertension ) dan juga terhadap profile lipid. Ini termasuk pengurangan LDL ( kolesterol tidak baik ) dan paras Triglyceride.
Pengambilan protein yang tinggi didalam diet dibuktikan mempunyai kaitan dengan peningkatan kes-kes penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit auto imun dan kanser.
Pengambilan hotdogs dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser darah pada kanak-kanak sebanyak sembilan kali ganda. Pengambilan makanan proses yang banyak menggunakan minyak ”hydrogenated oil ” meninggikan risiko kenaikan kolesterol.
Amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan proses negatif berlaku secara berterusan pada pesakit darah tinggi iaitu komplikasi seperti penyumbatan salur darah arteri secara perlahan ( artherosclerosis ) , peningkatan tahap serum cholesterol , kerosakan buah pinggang dan jantung. Sistem tubuh terus-menerus menerima tekanan oksidatif dan keradangan yang menyebabkan meningkatnya risiko penyakit jantung ( Ischaemic heart diseases ).
Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga menyebabkan risiko penyakit angin ahmar meningkat.
Mengamalkan makanan yang baik termasuk mengambil buah-buahan yang lazimnya kaya dengan sumber mineral potassium. Mineral ini membantu tubuh mengawal tekanan darah dan sangat penting sebagai makanan otot jantung. Mengurangkan pengambilan lauk haiwan dan meningkat pengambilan sayura-sayuran sudah pasti akan meningkatkan pemakanan berserat tinggi. Makanan berserat tinggi mampu membantu pesakit menurunkan paras kolesterol yang tinggi.

:


ShoutMix chat widget

My Followers